Friday, April 20

Siapa Artis Wanita dan Skandal dengan Menteri Dapat 1.5 Juta??


 Panas panas...tentang seorang artis wanita yang dikatakan mempunyai hubungan sulit, ye bukan teman tapi mesra lagi ni mungkin dah terlebih lebih mesra mcam laki bini. Siapakah agaknya pelakon wanita yang dikatakan ada skandal dengan menteri tu ye?



Gosip hiburan dan blog politik hangat memperkatakan yang artis wanita berkenaan ialah Zahida Rafik. Tapi Zahida Rafik tak membuat sebarang kenyataan lagi, jadi tidak bolehlah nak spekulasi siapa kan huhuhu..nanti tak pasal pasal kena saman pulak..


petikan dari gua.com.my



Semalam, satu pendedahan berkenaan skandal sulit antara seorang pelakon wanita dengan VIP berstatus menteri telah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen. Menurut laporan portal Malaysiakini, skandal tersebut membabitkan transaksi wang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan perkenalan mereka dan hubungan sulit itu sudah berlanjutan sejak 3 tahun lalu.

Berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh Noor Azman Azemi, 38 tahun pada 13 Mac lalu di Balai Polis Ampang, Azman turut mendedahkan jumlah wang yang telah diterima oleh pelakon wanita itu, RM58,000 (Oktober), RM112,000 (November), RM330,000 (Disember) dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pertemuan VIP itu dengan pelakon wanita tersebut berlangsung secara sulit pada setiap minggu di hotel sekitar Kuala Lumpur. Dakwa Noor Azman lagi, "Pada setiap pertemuan, VIP itu akan memberikan wang berjumlah RM100,000 hingga RM200,000 kepada saya dan pelakon wanita itu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pelakon itu."

Sebelum itu, satu laporan akhbar telah disiarkan pada 3 Mac lalu apabila pelakon wanita tersebut mendakwa pemandu peribadinya telah melarikan wang berjumlah RM200,000 selepas diarahkan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative