Untuk rekod, dalam kejadian tersebut, wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah melanggar dan merempuh sebuah kedai Superbike berkenaan selepas melanggar kereta Volvo XC60, dua buah Myvi dan empat buah motosikal berkuasa tinggi.
Video perempuan panik selepas melanggar Volvo XC60 terus langgar kereta, superbike dan kedai superbike berulang kali di Bdr Sri Permaisuri, Cheras, KL pada 30.01.2012.
Wanita berkenaan dilihat menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.
Pekerja-pekerja yang berada di dalam kedai Superbike itu juga kelihatan panik dan berlari ke belakang kedai untuk menyelamatkan diri.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Dalam perkembangan berkaitan, pemilik kedai Superbike itu, Azka Sidi berkata, beliau difahamkan yang wanita berkenaan mengadu dirinya pitam kepada polis sewaktu cuba untuk mengeluarkan kenderaannya dari petak pakir.
Bagaimanapun, Azka mendakwa tindakan wanita tersebut adalah sebagai cubaan melarikan diri dan panik setelah melanggar kereta Volvo XC60 berkenaan.
“Kalau langgar, orang kata awak langgar je dan tiada apa-apa. Kalau dia cakap dia pitam, tapi sebenarnya dia dah langgar kereta Myvi sebanyak lapan kali.
“Selain itu, dia juga ada melanggar kereta Naza Bestari. Malah, kalau tengok dalam video tu, tangannya masih lagi menggerakkan gear kereta,” kata Azka.
Sementara itu, Azka berkata, pihaknya mengalami kerugiaan hampir RM250,000 dan masih lagi menunggu butiran terperinci tentang jumlah sebenar dari pihak peguamnya.
Azka memberitahu pihaknya terpaksa menanggung kerugian itu sendiri termasuklah mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.
Azka juga melahirkan rasa kesal di atas sikap wanita dan suami itu kerana tidak tampil untuk menyelesaikan masalah itu, malah langsung tidak meminta maaf di atas apa yang terjadi.
mynewshub my
KP: pelik la makcik ni cakap pitam sebab tu dia langgar kereta, lepas tu rempuh kedai , kereta dia ke depan ke belakang , banyak kali..pelik macam mana orang pitam boleh main gear undur dan drive ni haha..agak agak la nak menipu pun cakap je saya panik sebab tu saya nak lari keluar dari kedai hehehe

0 comments:
Post a Comment