Friday, February 3

Harith Iskandar Mohon Maaf Tayang Perut Isteri Mengandung

Budaya tayang gambar perut di kalangan artis pulak, bukan setakat tayang perut laki je, nak tayang perut isteri mengandung pulak, ni ala ala nak tiru gaya artis dan selebriti barat le ni, macam Mariah Carey, Victoria Beckham yang tayang gambar perut masa mengandung.
Konon konon perempuan mengandung kelihatan lebih seksi di mata apabila mereka mengandung.









Perempuan apabila sudah jadi isteri dan kemudian akan jadi ibu memanglah dia wanita yang hebat dan dipandang mulia oleh Allah.
Tetapi kalau orang Islam diorang tak payah la nak tayang perut sampai selak selak baju bagai...nak tiru mat salleh buat pe..tau le mat salleh kacukan pun...

berita dari msatr

Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun ‘Twitter’ miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

“Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut ‘Twitter’ saya.

“Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

“Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

“Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative