Halim,Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia – Ariff Johan Abdul Aziz; Dira – Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG – Shazlin Sharif dan Anne Ngasri – Abdul Wafi Hassan.
Terbaru kisah rumahtangga penyanyi dangdut Ani Mayuni yang dalam pergolakan, Ani Mayuni mendakwa telah dibelasah teruk oleh suaminya.
berita harian metro:
Menurut Harian Metro, Ani membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.
Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.
Nampaknya ‘badi’ program ini berterusan…mungkin suratan atau kebetulan (macam tajuk lagulah pula).
Apapun, tak kisahlah Ani ke, siapa ke…yang pasti penulis akan sentiasa berdoa agar pasangan itu akan kembali damai namun sekiranya ia memang gagal diselamatkan, penceraian mungkin kaedah terbaik.
Apatah lagi bila melibatkan kekerasan fizikal seperti yang Ani lalui, payah rasanya kalau terus tinggal serumah.
Apapun sebelum membuat apa-apa keputusan, dapatkanlah dulu nasihat daripada mereka yang arif, fikirkan juga nasib anak-anak…jangan terus biarkan emosi menguasai fikiran.



0 comments:
Post a Comment