Shahrizal Jaszle telah keluar dengan seorang wanita lain dan ini membuatkan Miera Liyana cemburu walaupun
Shahrizal sudah menerangkan pada kekasih hatinya yang wanita atau gadis itu cuma anak kawan baik kepada ibunya dan antara dia dan gadis itu tidak ada hubungan cinta.
Wanita itu bernama Puteri dan seorang pelajar jurusan kedoktoran di kolej MSU Shah Alam.
Sebelum tu sudah keluar cerita yang pembantu peribadi Shahrizal Jaszle menyebarkan cerita yang kurang enak mengenai Shahrizal dan Miera Liyana dikatakan termakan kata-kata hasutan bekas pembantu peribadi sharizal.
Pelakon, Shaz Jaszle atau kini mahu lebih dikenali dengan nama Shahrizal Jaszle, 24, akui sudah merancang untuk mengahwini kekasihnya, Miera Liyana dengan segera selepas hubungan mereka dipercayai retak baru-baru ini disebabkan fitnah daripada bekas pembantu peribadinya.
Malah, Shahz Jazle berkata dia sudah pun merancang bersama ibu bapanya untuk segera meminang kekasihnya Miera Liyana yang kini baru berusia 20 tahun.
"Saya sedar, Miera pasti terluka dengan kisah yang tidak benar daripada bekas pembantu peribadi saya itu. Bekas pembantu peribadi saya yang dikenali sebagai Zeel itu sudah memfitnah saya dengan mengatakan saya ada kekasih lain untuk semata-mata meretakkan hubungan kami.
"Padahal gadis yang dimaksudkan itu adalah anak kepada rakan baik ibu saya. Terus -terang kami tiada hubungan istimewa dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada adik beradik saya sahaja.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya sudah pun menerangkan perkara ini kepada Miera dan hubungan kami kini sudah berjalan seperti biasa.
Gadis yang dikaitkan dengan Shahz Jazle sehingga membuatkan hubungan cintanya retak adalah seorang pelajar jurusan kedoktoran di kolej MSU Shah Alam yang hanya dikenali sebagai nama Puteri.
Walaubagaimanapun pelakon utama filem Azura itu amat kesal dengan perbuatan bekas pembantu peribadinya kerana berniat jahat selepas Shahz bertindak memecatnya .
"Zeel telah mereka cerita, serta memfitnah saya kerana mungkin kerana tidak berpuas hati selepas saya bertindak memecatnya.
"Saya memecatnya kerana dia tidak dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Kini saya serik untuk ada pembantu peribadi lagi,"


0 comments:
Post a Comment