Monday, January 30

Miera Liyana Tidak Mahu Teruskan Hubungan Cinta dengan Sharizal Jaszle

Miera Liyana dan Sharizal Jaszle baru 5 bulan bercinta sudah ada kemelut dalam hubungan cinta mereka, Miera Liyana menganggap Sharizal seorang yang curang dan tidak bersungguh-sungguh memulihkan hubungan cinta yang retak.
Walaupun Miera mengakui Shahrizal ada datang berjumpa dan memujuknya , tetapi dia tidak nampak kesungguhan pada diri Shahrizal..


Pelakon Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada pada tahap kritikal apabila pelakon lelaki tersebut didapati telah berlaku curang terhadapnya.
Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya tertutup untuk berbaik semula dengan aktor filem Azura 2012 itu.

“Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.
“Hati saya bagai sudah retak dan berkecai untuk berbaik semula dengan selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia,”

Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kedua kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia sudah tawar hati dengan sikap Shahrizal yang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memulihkan kemelut tersebut.
“Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu yang lalu, sudah berkali-kali dia datang memujuk dan meminta maaf tetapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan kekusutan antara kami.
“Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai untuk menghargai kepercayaan saya terhadapnya selama ini?” katanya dalam nada kesal.

Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka.
“Saya akui masih sayangkan dia. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan.
"Jika memang ada jodoh antara kami, saya terima dengan hati terbuka,”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative