Monday, December 26

Zul Ariffin Masih Sayangkan Abby Abadi

Zul Ariffin setelah 3 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Abby Abadi, akhirnya putus dan diakui sendiri oleh Zul dan Abby. Kesibukan Zul Ariffin 25 di set pengambaran dan tidak ada banyak masa terluang untuk Abby membuatkan jarak hubungan mereka semakin renggang. Namun Zul mengakui masih ada perasaan sayang dan cinta terhadap Abby walaupun mereka sudah berpisah.


Zul tidak memusuhi Abby, dia masih lagi bertanyakan khabar melalui Facebook, telefon dan berbalas SMS. Zul masih menghormati Abby sebagai kawan. Dia mengakui sebelum ini memang hubugan cinta mereka ada fasa turun naik namun kemudian berpisah secara baik.

Adakah hubungan Zul dan Abby akan bertaut semula?
Zul tiada masalah jika dia dan Abby berbaik baik semula. Dia mengakui Abby seorang insan yang baik yang pernah hadir dalam hidupnya. Sejara jujur dia menyifatkan putus cinta itu membuatkan dia kecewa dan patah hati. 
Sehingga sekarang dia masih lagi terasa sakitnya tetapi hidup terpaksa diteruskan juga, jika namanya dikaitkan dengan Abby lagi dia tidak akan merasa marah kerana Abby  banyak berjasa membawa dia ke bidang seni.

Apakah punca keretakan hubungan Zul dan Abby kerana jarak umur atau kehadiran orang ketiga?

Zul menafikan yang jarak umur yang jauh beza adalah penyebab utama hubugan mereka putus. Bukan jugak kerana kehadiran orang ketiga. Biar dia saja yang menyimpan dalam hati kerana terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan semua orang.

Dia tidak pernah menyesal selama mengenali Abby Abadi, jika dia duduk keseorangan, kenangan bersama Abby akan datang dalam ingatan. Dia berasa kesal atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative