Thursday, September 29

(Gambar) Park Min Young dan Lee Min Ho Bercinta

Pelakon popular Korea Park Min Young dan Lee Min Ho telah bercinta sejak 2 bulan lalu. Mereka mula rapat sejak membintangi sebuah drama bertajuk City Hunter.





Menurut laporan media di Korea Selatan, mereka berdua tertarik antara satu sama lain apabila terlibat dalam penggambaran drama City Hunter. Apabila penggambaran tamat hubungan mereka semakin rapat.

Agensi Lee Min Ho memberitahu: "Mereka mula mempunyai perasaan antara satu sama lain ketika berlakon dalam drama City Hunter. Sekarang mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing tetapi kami tidak tahu sejauh mana perkembangan hubungan mereka setakat ini.



Agensi Park Min Young pula berkata: "Memang benar kedua-dua mereka mempunyai perasaan antara satu sama lain. Saya rasa Park Min Young cuba untuk mengenali siapa diri sebenar Lee Min Ho bukannya sebagai aktor yang popular. Meskipun begitu pihak agensi tidak tahu mengenai kehidupan peribadinya."
Menurut teman rapat mereka: "Lee Min Ho dan Park Min Young cuba untuk tidak memperlihatkan hubungan mereka pada umum. Jadi, mereka sangat berhati-hati apabila mereka bertemu. Apabila mereka bertemu di luar mereka selalu membawa rakan bersama."

Apabila disoal pada Park Min Young bagaimana dia boleh mendapatkan kekasih memandangkan jadual kerjanya yang padat, jawabnya: "Saya bercinta di dalam drama. Saya ingin sangat memegang tangan dan berjalan bersama kekasih ketika sambutan Krismas."


2 comments:

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative