Tuesday, September 20

Ana Dahlia Status Janda, Cinta Chef Riz Tetap Dapat Restu

Pelakon Ana Dahlia memang sedang bercinta dengan anak Chef Wan iaitu Chef Nazri atau Riz, walaupun mereka menyorokkan hubungan cinta namun media dapat menghidu juga hubungan mesra mereka. Kini tersebar pulak cerita hubungan cinta mereka tak dapat restu dari bapa Chef Riz iaitu Chef Wan setelah heboh gosip berkenaan status Ana Dahlia yang gagal dalam perkahwinan sebanyak 2 kali dan berstatus janda sebelum menjadi peramugari.







Ana Dahlia dan Chef Riz menafikan dakwaan yang Chef Wan menghalang hubungan mereka itu.

"Jujurnya, Chef Wan tidak mempunyai masalah dengan perhubungan kami. Malah, hubungan saya dengan beliau juga dalam keadaan baik.

"Barangkali ada yang salah faham apabila Chef Wan mengatakan bahawa kami berdua perlu menyelami hati budi masing-masing sebelum mahu membawa hubungan ini melangkah ke satu fasa lain.
"Saya sendiri mengakui bahawa Chef Wan sendiri ada mengatakan sedemikian apabila kami memberitahunya bahawa kami benar-benar serius dalam hubungan kami.

"Maklumlah, kami baru berpacaran hanya dalam tempoh enam bulan. Jadi, kalau kami membuat keputusan untuk bertunang dan berkahwin, sudah pasti ia memerlukan tempoh yang lama untuk kenal antara satu sama lain," jelas Ana Dahlia dalam nada penuh diplomasi.

Dalam majlis itu, Chef Wan tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di New Zealand bagi memenuhi jemputan sempena sebuah festival masakan dan makanan di sana.
Buat masa ini, kata bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim pertama itu, hubungannya dengan Riz berjalan dengan baik dan penuh bahagia sekali.

Malah, Ana sendiri telah menjemput Riz untuk beraya di rumah keluarganya di Taiping, Perak pada Syawal kedua lalu dan ternyata kesudian Riz telah membuktikan keikhlasan pemuda itu dalam mencintainya.

Kata Ana, dia hanya menjadi dirinya sendiri dan ternyata Riz menerima dia dan keluarganya seadanya.
"Ingin juga saya katakan di sini, baik Riz mahupun Chef Wan, mereka tahu segala-galanya tentang saya. Dalam hubungan kami tiada rahsia dan disebabkan itu, apabila ada yang menyebarkan cerita yang tidak betul tentang saya, ia bukanlah sesuatu yang perlu saya ambil serius.

"Apa yang penting, kami boleh menerima diri masing-masing dan sudah pasti saya ingin membawa hubungan kami ini ke peringkat seterusnya.

"Namun disebabkan kesibukan Chef Wan yang dengan kerjayanya, perbincangan tentang perkahwinan kami itu terpaksa ditunda seketika sehinggalah beliau benar-benar mempunyai masa lapang," ujar Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar ini bersungguh.
Bekas pramugari Air Asia ini juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjalin hubungan dengan Riz kerana status dan latar belakang pemuda itu.

Tegasnya, soal itu langsung tidak timbul dan hubungannya dengan Riz adalah berlandaskan kejujuran serta keikhlasan.

"Kalau saya mahu hidup senang dengan cara mudah, saya boleh melakukannya sewaktu bertugas sebagai pramugari lagi di mana saya mengenali ramai orang dari pelbagai latar belakang dan kedudukan.
"Tetapi, saya sanggup bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menanggung adik-beradik yang lain. Sebagai anak perempuan, saya perlu menjaga hati dan maruah kedua orang tua saya.

Tidak sanggup untuk saya melukakan hati mereka yang telah banyak berkorban," ujar heroin filem Mantra ini dalam nada perlahan.
Dalam tempoh enam bulan mengenali Riz dan keluarganya, barulah Ana Dahlia mengerti sikap dan personaliti sebenar Chef Wan itu yang selama ini sering disalah anggap oleh segelintir pihak.


Chef Wan ada memberitahu bahawa segala yang dimilikinya hari ini adalah hasil kerja kerasnya selama ini dan dia mahu anak-anaknya mengikut jejak langkah seperti itu," cerita Ana panjang lebar sambil sesekali memerhatikan gelagat Riz yang tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir pada malam itu.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 28 tahun itu turut memberitahu dia kini merupakan pengurus peribadi kepada Riz dan menjaga segala jadual teman lelakinya itu.

Jelas Ana Dahlia, dia hanya sekadar mahu membantu Riz yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia penerbitan televisyen.

"Saya sedar saya juga masih baru dalam bidang seni tetapi saya memberitahu Riz saya boleh membantunya serba sedikit dalam selok-belok bidang televisyen terutama bab kontrak," jelasnya yang masih sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Metro Skuad terbitan Skop Productions.
Diusik tentang tarikh perkahwinannya, sambil tersipu-sipu malu, Ana Dahlia tidak menolak kemungkinan, hari bersejarah mereka berkemungkinan diadakan awal tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative