Monday, September 19

Aksi Panas Remy Ishak dan Diana Danielle dalam Bara Jiwa/ Jiwa Taiko

Bara Jiwa filem baru arahan dari pengarah filem Anak Halal dan filem Cun. Filem ni akan datang pada tahun 2012 nanti. Tajuknya Bara Jiwa mungkin akan ditukarkan kepada Jiwa Taiko. Dulu ada kes pelakon aksi terbakar badan kerana melakonkan aksi ngeri dalam filem ni. Pelakon tu namanya Raffie Husin.




Filem Jiwa Taiko atau Bara Jiwa ni filem aksi ala ala filem macam Merantau Warrior dan Ong Bak, namun begitu jangan le pulak bayangkan macam filem Ong Bak...

Kos filem ni ialah RM 1.5 juta. Pelakon pelakon yg hebat dalam filem ni ialah Remy Ishak, Bront Palare, Diana Danielle, Beo Khusairy,  Fizz Fairuz, Soffi Jikan, Munif Isa, Mislina Mustaffa dan ramai lagi.

Ada beberapa adegan panas antara Remy Ishak dan Diana danielle, Bront Palare dan seorang awek dalam filem ni. Remy Ishak berlaga hidung dengan Diana lagi...fuhh panasss siott..
pastu Bront Palare lak duk buat aksi tutttt...mungkin aksi ranjang kot dengan awek mana tak tau..
panass...panass..


Oleh kerana filem ni filem aksi so banyak jugak la aksi perlawanan silat dalam ni, pelakon manis Diana pun kena bersilat..










Sinopsis Bara Jiwa
Filem yang memulakan penggambaran pertengahan Disember 2010 di lokasi sekitar ibu negara dan Terengganu itu

mengisahkan perjalanan kehidupan empat anak muda iaitu Firman lakonan Remy, Diana (Trisya), Freez (Fizz Fairuz) dan

Lara (Nadia Nissa) yang dipertemukan di sebuah kelab milik Kak Pora (Mislina).

Masing-masing punya cerita tersendiri seperti Firman yang cuba membina kehidupan baru selepas keluar daripada penjara,

manakala Trisya mahu dicintai, Freez pula hanya memikirkan kegembiraan dan Lara, jiwa bebasnya ingin terus berdikari.

Segala rasa dikongsi dengan Kak Pora yang begitu memahami naluri anak muda, malah di kelab Wira Cinta itu juga mereka

mempelajari teknik persilatan dan di situlah mereka menyelami erti persahabatan serta kasih sejati.

Namun kehadiran Pinto, watak dibawakan Bront yang menjadi teman baik masa silam Firman hampir menggugat segala

ketenangan apabila lelaki itu memberi kata dua sama ada dia kembali ke dunia hitam atau menjadi musuh Pinto selamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative