Bertuah le Ana Dahlia sebab nanti suami pandai masak hehe.. pelakon seksi dalam Mantra ni kata dia terpikat dgn Chef Nazri sebab masakan kangkung goreng belacan dan rendang daging...haha!! terbalik lak kan, selalu orang lelaki yang cakap camtu, lelaki terpikat dgn masakan perempuan ni pihak perempuan lak kata camtu..bertuah le badann...laki pandai masak.
Chef Nazri pulak suka kat Ana Dahlia ni sebab nampak sifat sifat kewanitaan dalam diri pelakon tu. Mereka enggan mendedahkan bila tarikh perkahwinan sebab masih dalam perbincangan lg. Chef Wan pun nampaknya merestui hubungan anak teruna dia ni dgn pelakon Ana Dahlia.
lagi berita :
Riz yang juga pemilik restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara di sini berkata, hatinya terpaut kepada Ana kerana melihat sifat kewanitaan yang menebal dalam diri wanita itu sepanjang hubungan mereka berjalan.
Ana juga seorang yang suka menikmati apa juga makanan sementara dia pula gemar memasak.
“Dia suka makan, saya suka masak. Bila kami berjumpa, kami selalu berborak mengenai masakan. Bermula dari situlah kami menjadi semakin mesra dan bertambah serasi,” katanya.
Selain faktor itu kata Riz hatinya terpikat kepada Ana selepas mencuba masakan rendang daging dan kangkung goreng belacan yang dimasak pelakon itu, memenuhi cita rasa seperti air tangan seorang chef.
Ditanya mengenai detik percintaan mereka kata Riz, kakaknya iaitu pelakon Serina yang merupakan kawan baik Ana telah menjadi orang tengah mempertemukan mereka.
Katanya pada mulanya dia tidak terbuka hati untuk menjadikan Ana sebagai kekasih sehinggalah pada suatu hari mereka membuat keputusan berkenaan selepas melihat keserasian yang ada.
“Saya tidak malu untuk berterus terang mengenai hubungan kami kerana saya lebih selesa bersikap jujur. Memang benar saya mencintai dia dan sedang merancang untuk majlis pertunangan sebelum berumah tangga,” katanya yang berhasrat bergelar suami secepat mungkin.
Mengenai reaksi Chef Wan pula kata Riz, ayahnya tidak menghalang hubungan mereka itu tetapi dia selalu memberi nasihat agar menjaga batas-batas sebagai orang bercinta.
Sementara itu Ana yang malu-malu apabila membicarakan mengenai hubungan mereka berkata, sikap Riz yang peramah dan pemurah menyebabkan dia jatuh hati untuk menerimanya sebagai kekasih.
Kata Ana, kehebatan seorang lelaki yang boleh memasak adalah faktor berganda yang menyebabkan perasaan sayang itu bertambah menebal.
“Seperti yang dia cakaplah. Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami,” ujarnya.



bagus la..
ReplyDeletekawen cepat2...
buat kenduri besar2...