Sinopsis Bait Cinta:
Kisah tentang suka duka hidup bermadu 3 orang wanita, Ustazah Kirana (lakonan Eira Syazira) ialah isteri pertama, Chermaine Poo sebagai isteri kedua bernama Syuhada dan Natasha Hudson sebagai Sharnaz isteri ketiga. Si suami pulak ialah Hariz (Risz Ainudin). Sharnaz ialah pekerja di bawah majikannya bernama Hariz, dia jatuh cinta dengan bos sendiri dan telah mendapat keizinan dari isteri pertama untuk berkahwin dengan Hariz.
Ustazah Kirana simpati dengan Sharnaz kerana Sharnaz menghidap kanser. Sebagai isteri pertama, Ustazah Kirana jugak pasti perlu membantu dan membimbing madunya Syuhada yang baru memeluk Islam. Kisah hidup bermadu dalam drama ni tidak ada scene scene bergaduh berebut suami, atau pergaduhan tarik rambut, tapi penonton akan dibawa menyelami kisah hidup bermadu yang lebih menerap ciri ciri keluarga Islam.
No comments:
Post a Comment