Saturday, April 30

Sinopsis Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz

 Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz dah lama dinanti sejak tahun lepas, dengar dengar akan ditayangkan hujung tahun 2011 ni. Filem ni adaptasi dari Novel Fauziah Ashari bertajuk Ombak Rindu, sinopsis filem ni ialah kisah tentang Izzah lakonan Maya Karin seorang gadis remaja yang yantim piatu, keluarganya meninggal akibat kemalangan jalanraya. Izzah dipeleihara oleh bapa saudaranya iaitu Pak Taha. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.



Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (lakonan Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia lakonan Lisa Surihani, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Ramai peminat Darling Media iaitu Lisa Surihani ni tak berapa suka watak gadis ayu kampung tu diberi kepada Maya Karin. Maya Karin dikatakan berwajah agak tua...huhu!! dan sesuai jadi watak gadis bandar lagipun pelat indonnya tak hilang habis lagi.
Watak Izzah dikatakan sesuai untuk Lisa Surihani yang kecil molek dan nampak kemelayuannya. Mengikur pengarah Osman ali ni pulak, Lisa ni sering diberi watak baik dan Maya jarang diberi watak gadis ayu dan kemelayuan..so diorang nak bawa pelakon pelakon ni jauh dari kebiasaannya. Tak nak orang jemu tengok Lisa Surihani asyik jadi baik aje le..



KP suka gandingan Maya Karin dalam filem Cun tu dulu, tak sabar rasanya nak tengok lakonan dia dengan Aaron pulak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative