Saturday, April 16

Rizu OIAM Kini Tubuh Kumpulan Forteen

Rizu peserta program realiti OIAM kini sudah bertukar nama kepada One pulak. Kini dia dgn imej dan ada kumpulan baru bernama Forteen. Rizu atau One yang berumur 22 tahun ni dulu pernah masuk OIAM, tengok gambar di bawah kalau tak ingat. Nama asal dia ialah Muhammad Ridzuan Sharifuddin. Ini dah jadi rebranding le kan. Mencari sesuatu yang baru kalau dah lama tu orang tak berapa nak kenal, tukar le imej pulak kan. Nantika le lagu baru hasil ciptaan KRU bertajuk Berdua bersatu yang akan dinyanyikan oleh Kumpulan Forteen ni. Teringat pulak KP dgn kumpulan X factor dulu heheh!!

Rizu kini One dengan Kumpulan baru Forteen



kisah Rizu atau One dgn kumpulan barunya:




"Karier nyanyian solo saya berjalan dengan baik. Mungkin tidak banyak publisiti tetapi saya masih menerima pelbagai undangan nyanyian di majlis korporat atau makan malam.
"Penampilan bersama kumpulan Forteen dan menggunakan nama One tiada kena-mengena dengan kegagalan saya menyerlah sebagai penyanyi solo.
"Saya menganggap Forteen sebagai kemunculan semula saya dalam industri muzik," katanya.
Bercerita tentang Forteen, One berkata, kumpulan berkenaan ditubuhkan untuk mengimbau semula kehangatan kumpulan vokal lelaki yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia pada era 1990-an.
"Pada penghujung 1990-an dan awal 2000, dunia muzik pernah digegarkan dengan fenomena kumpulan vokal lelaki seperti Backstreet Boys, Westlife dan Boyz II Men di barat atau Phyne Ballerz, V.E dan Ruffedge di Malaysia.
"Penubuhan kumpulan Forteen pada waktu ini dilihat bersesuaian dengan era muzik semasa kerana kami membawakan imej dan lagu-lagu cinta remaja,” katanya.
Kumpulan yang baru berusia empat bulan itu mempertaruhkan muzik pop balada dan kekuatan vokal. Selain One, Forteen turut dianggotai oleh Ameer, Ariz dan Izzue.
Lagu single pertama kumpulan tersebut iaitu Berdua Bersatu ciptaan Edry Abdul Halim akan mula diputarkan di radio pada penghujung April atau awal Mei depan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum :)
    Forteen ni teringat zaman2 KRU, Innuendo and Indigo :)
    Nice one!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative