Friday, August 20

Raja Azmi Bebas dengan Ikat Jamin RM8000, Gambar Raja Azmi ditahan polis

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir pada perbicaraan kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta melibatkan dirinya dibebaskan hari ini dengan ikat jamin RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Hakim Datuk Lim Yee Lian membuat keputusan itu selepas Raja Azmi hadir ke mahkamah di sini diiringi beberapa anggota polis kira-kira 9.25 pagi tadi.






Raja Azmi Ditahan Polis


Raja Azmi Dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah suaminya, Mohd Jalani Mohd Sidek, anak sulungnya, Puteri Suraya dan suami Mohd Shadan Hashim serta rakannya.
Raja Azmi yang memakai baju kurung moden berwarna merah dan biru, sepatutnya memberi keterangan di


mahkamah pada 12 Julai lalu dan sapina untuk memaklumkan kehadirannya ke mahkamah diserahkan kepadanya pada 9 Julai lalu, namun beliau tidak hadir ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan sehingga menyebabkan prosiding perbicaraan kes itu tertangguh.

Terdahulu, Raja Azmi dipanggil untuk menjelaskan kepada mahkamah kenapa dia tidak hadir untuk memberi keterangan pada waktu yang ditetapkan.

Lim turut meminta penjelasan Raja Azmi kenapa gagal hadir ke mahkamah walaupun peguam menyerahkan sapina kepadanya, Raja Azmi memberitahu: "Saya tidak menerima sebarang dokumen atau sapina yang menyatakan saya sepatutnya hadir untuk memberi keterangan".

Lim bertanya kepada Raja Azmi sama ada beliau berbohong kepada mahkamah dengan menyatakan bahawa dia tidak menerima sapina itu, namun Raja Azmi menafikannya.

"Kamu memandang ringan perkara ini. Kes ini bergantung kepada keterangan dan akuan bersumpah yang diikrarkan kepada kamu. Saya akan melepaskan kamu dengan jaminan kamu perlu hadir pada prosiding seterusnya sehingga kes selesai," katanya.

Sementara itu, rakan kepada Raja Azmi, Zahrin Aris membayar jaminan sebanyak RM8,000 selepas hasrat suaminya, Mohd Jalani, untuk menjamin isterinya tidak tercapai apabila peguam Su Tiang Joo memaklumkan kepada mahkamah bahawa bekas jaguh badminton negara itu muflis.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan kes itu bersambung pada 29 dan 30 November dan 13 hingga 15 Disember ini.

Saman sivil itu bermula apabila seorang pemaju tanah, Hamzah Abdul Majid selaku plaintif memfailkan saman terhadap Raja Azmi dan Mohd Jalani berhubung penjualan dua saham tunggal milik syarikat mereka (Raja Azmi dan Mohd Jalani) iaitu Equal Alliance Sdn Bhd yang memiliki tanah seluas 35 ekar di Balakong, dekat sini yang dipersetujui pada harga RM4.9 juta.

Sumber: Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative