Sunday, January 24

Merokok tu Haram - Fatwa Jabatan Agama Islam Pahang


Beruk pun merokok. Wah! Gian sungguh merokok.


Dah bermacam-macam gambar penyakit merbahaya ditampal di kotak rokok.

Jabatan Agama negeri Pahang dah haramkan rokok, negeri lain bila nak kuatkuasakan pulak hukum haram ke atas rokok ni. Hukum dah jatuh tapi perlaksanaannya tak tahu lagi macam mana. Kalau merokok juga apa hukumannya?


Kempen tentang bahaya merokok ni dah dibuat bermacam-macam, contohnya gambar di atas kotak rokok tu yang menunjukkan penyakit merbahaya akibat rokok. Tapi bagi perokok tegar mereka tak pandang pun gambar tu, ataupun bagi mereka tak ada apa erti pun gambar tu agaknya. Buat donno je.
Bak kata perokok tegar, " Saya merokok dah berpuluh tahun, tak da sakit apa pun, kalau tuhan nak bagi saya sakit atau mati, tak payah merokok pun boleh mati". Wah! hebat betul dia cakap ye. Merokok le selagi kau boleh merokok.
Semuanya atas kesedaran sendiri, kalau orang dah bagi amaran tapi tak mahu dengar tu dia punya pasal le kan.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails
Google Analytics Alternative